Step By Step

Assalamualaikum uolss..

Janggal rasanya nak start menulis balik..hihii
Actually iols merancang nak mendirikan masjid hujung November tahun ni..so memang macam-macam la yang iols nak kena fikir sekarang ni..

Tapi nasib baik juga sekarang ni wedding planner bersepah-sepah kat luar sana kan..but still takut-takut juga la..kalau boleh semua orang nak yang terbaik untuk majlis masing-masing kan..dah la dapat jadi raja sehari je...so iols harap sangat iols tak tersalah pilih wedding planner untuk majlis nanti..

Uols pon sedia maklum kan..nak kahwin ni memang macam-macam step.. First and foremost,kena la join kursus Pra Perkahwinan..hehee...takpe,step ni iols dah settle lama..(tapi sijil ntah mana-mana..nak kena cari balik ASAP)

The next step,semalam iols dah buat ujian saringan HIV..yang ni WAJIB ye untuk semua bakal-bakal raja..dan keputusan ujian saringan HIV dari klinik-klinik/hospital-hospital kerajaan sahaja yang boleh digunapakai..

Banyak lagi step selepas ujian saringan HIV ni sebenarnya...nak kena isi borang Permohonan Berkahwin n so on and so on...dannnn part ni la sebenarnya yang paling iols rasa agak complicated kot..tapi lain negeri,lain prosedurnya... Tapi dah nak kahwin kan..ikutkan je laaa...hahaa

So lepas ni iols nak kena tunggu pihak lelaki serahkan borang kebenaran kahwin..then proceed dengan borang-borang iols pulak..sambil-sambil tu nak kena survey tempat nak buat kad..tempat nak tempah doorgift and so on...senarai ni takkan pernah habis selagi tak selesai majlis..Percayalahh

Oklah uols..sampai sini je celoteh iols untuk hari ni..iols nak g minum MIN KAFFE sekejap..baru la segar dan bertenaga nak bekerja seharian..kalau ada yang berminat nak try MIN KAFFE boleh la wassap iols.. klik je link kat bawah..tak payah nak save no dah..senang kan....

http://www.wasap.my/60164812891

XOXO
yayaDayah






Comments

Popular posts from this blog

PREMIUM BEAUTIFUL

MIN KAFFE

D'Chef Paste